• 21 Korban Serangan Udara Di Aleppo

    Published: Tuesday, 14 November 2017
    A- A+

    BEIRUT: Sekurang-kurangnya 21 penduduk awam, termasuk lima kanak-kanak, terbunuh hari ini dalam serangan udara di Aleppo walaupun zon penampan diwujudkan di situ, kata pemerhati.

    Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) yang beribu pejabat di Britain berkata, tidak dapat dipastikan sama ada serangan ke atas bandar Atareb dilancarkan pesawat perang Syria atau sekutunya, Russia.

    SOHR berkata, tiga serangan mengena pasar di bandar itu, menambah angka keseluruhan dijangka meningkat kerana puluhan cedera atau masih hilang selepas serangan.

    Atareb terletak di barat Aleppo, di kawasan yang menjadi sebahagian zon penampan yang dipersetujui menurut perjanjian terdahulu tahun ini antara sekutu Syria, Russia dan Iran, dan penyokong pembangkang, Turki.

    Zon itu meliputi wilayah Idlib yang terletak bersebelahan, yang dikuasai pemberontak dan militan yang pernah ada kaitan dengan al-Qaeda.

    Lebih 330,000 penduduk Syria maut sejak konflik bermula Mac 2011 dengan bantahan antikerajaan. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " 21 Korban Serangan Udara Di Aleppo "