• 200kg ketum dalam Alza

    Published: Friday, 3 November 2017
    A- A+


    SIK: Polis menahan dua lelaki dan merampas 200 kilogram (kg) daun ketum yang disembunyikan di dalam kereta ketika operasi 'Snap and Check' di Jalan Kampung Kuala Roman Jeneri, dekat sini, semalam.

    Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman, berkata kedua-dua suspek berusia 30 tahun yang menaiki kereta jenis Perodua Alza dilihat dalam keadaan mencurigakan jam 1.15 petang.

    "Pemeriksaan menemui 39 bungkusan plastik hitam berisi daun ketum di bahagian but dan tempat duduk belakang kereta membabitkan berat keseluruhan 200kg dengan nilai pasaran sebanyak RM2,600.

    "Soal siasat mendapati suspek memperoleh bekalan daun ketum terbabit dari Lubuk Merbau dan sedang dalam perjalanan ke Padang Besar, Perlis untuk memasarkan daun ketum terbabit di sana," katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

    Abdull Razak berkata, dua suspek yang ditahan kini disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 yang boleh membawa kepada hukuman denda hingga RM10,000 atau penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " 200kg ketum dalam Alza "