• 2 Pesawat Boeing Dilelong Dalam Laman Sesawang Di China

    Published: Wednesday, 22 November 2017
    A- A+

    BEIJING: Dua buah pesawat Boeing 747 dilaporkan telah berjaya dilelong menerusi sebuah laman sesawang, Taobao pada harga melebihi 320 juta yuan (RM199.56 juta) di China.

    Menurut BBC, pesawat jumbo itu milik sebuah syarikat kargo yang telah lama diisytiharkan bangkrap oleh mahkamah.

    Difahamkan, pesawat terbabit dilelong secara dalam talian selepas enam proses lelongan biasa menemui jalan buntu sebelum ini.

    Acara lelongan yang menarik lebih 800,000 tontonan itu memperoleh 26 bidaan dengan pembida tertinggi dipercayai datang daripada syarikat pengangkut China, SF Airlines.-Utusan Malaysia Online



    Subjects:

  • No Comment to " 2 Pesawat Boeing Dilelong Dalam Laman Sesawang Di China "