• 2 Murid Maut, Kereta Rempuh Bilik Darjah

    Published: Tuesday, 7 November 2017
    A- A+

    SYDNEY: Dua murid lelaki berusia lapan tahun di Australia terbunuh apabila sebuah kereta merempuh bilik darjah di sebuah sekolah di sini hari ini.

    Penolong Pesuruhjaya Polis New South Wales, Stewart Smith berkata, insiden di Banksia Road Public School itu berlaku tidak lama selepas kelas bermula.

    “Akibat rempuhan itu, sebanyak lima murid dikejarkan ke Westmead Hospital dengan dua daripadanya meninggal dunia di hospital,” katanya.

    Tambahnya, sebanyak 18 murid yang cedera diberikan rawatan di sekolah tersebut. - AFP



    Subjects:

  • No Comment to " 2 Murid Maut, Kereta Rempuh Bilik Darjah "