• 19 Selamat, Bas Penumpang Terbabas

    Published: Thursday, 23 November 2017
    A- A+


    SRI AMAN: Seramai 19 penumpang terselamat, sementara dua daripadanya mengalami kecederaan ringan setelah bas  yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 54 Pantu, dekat sini awal pagi tagi.

    Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 3.00 pagi, apabila sebuah bas yang membawa 19 penumpang bersama dua pemandu terbabas ketika mengelak sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.

    Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, bas tersebut membawa 19 penumpang dalam perjalanan dari Kuching ke Miri.

    “Kemalangan berlaku di laluan lencongan sementara ketika bas membawa 19 penumpang bersama 2 pemandu hendak mengelak sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan menyebabkan bas tersebut hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan,” katanya

    Beliau berkata, pihak Bomba hanya membuat 'size-up' dan pemantauan di lokasi memandangkan tiada melibatkan mangsa yang tersepit.

    Sementara itu, dua mangsa yang mengalami cedera ringan telah dibawa ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut. – Sarawakiana
  • No Comment to " 19 Selamat, Bas Penumpang Terbabas "