• 15 Pemberontak Komunis Filipina Terbunuh

    Published: Thursday, 30 November 2017
    A- A+

    MANILA: Seramai 15 anggota pemberontak komunis termasuk enam wanita terbunuh dalam pertempuran di bandar Nasugbu, lapor tentera Filipina.

    Jurucakap tentera, Kolonel Teody Toribio berkata, lima tentera turut cedera manakala seorang suspek ditahan dan sejumlah 13 senjata berjaya dirampas.

    Presiden Filipina, Rodrigo Duterte minggu lalu berikrar untuk memerangi pemberontak dan mengancam mengkategorikan mereka sebagai kumpulan pengganas ekoran serangan maut terhadap tentera dan polis.-AFP


    Subjects:

  • No Comment to " 15 Pemberontak Komunis Filipina Terbunuh "