• 130,000 Pekerja Mahir Dihantar Pulang

    Published: Tuesday, 14 November 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menghantar pulang 130,000 pekerja asing mahir di pelbagai sektor bagi digantikan dengan pekerja mahir tempatan.

    Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Mutalib, berkata usaha berperingkat-peringkat itu
    kukan pihaknya dengan kerjasama pelbagai agensi dan kementerian lain.

    Beliau berkata, bagi meningkatkan tahap kemahiran dan kebolehpasaraan graduan dan pekerja tempatan, latihan kemahiran termasuk menerusi pelan induk Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) diperkenalkan kerajaan.

    "Sekarang ini kita ada jawatankuasa tertinggi di peringkat kerajaan yang sentiasa melihat (jumlah pekerja asing di Malaysia). Kalau dulu kita ada dua juta pekerja asing, hari ini tinggal 1.7 juta.

    "Usaha ini dibuat bagi membolehkan pekerja asing dikembalikan. Seramai 130,000 pekerja asing mahir akan dikembalikan dan diambil oleh pekerja tempatan dan secara langsung pekerja tempatan akan memperoleh pendapatan lebih tinggi," katanya.

    Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Stephen Wong Tien Fatt (DAP-Sandakan) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

    Beliau berkata, kerajaan tidak pernah mengetepikan nasib pekerja tempatan dan sentiasa mencari ruang bagi membolehkan pendapatan mereka dinaikkan pada tahap maksimum.

    "Percayalah, kerajaan tidak pernah memberikan ruang yang boleh merosakkan masa depan pekerja dan penduduk di negara kita," katanya.

    Menjawab soalan tambahan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong), Ismail menjelaskan kerajaan sedang mengenal pasti kaedah terbaik untuk mengembalikan kebolehpasaran wanita untuk bekerja dari rumah.

    "Kita mahu cungkil bakat wanita ini supaya mereka juga boleh bekerja dari rumah sekali gus menyumbang kepada ekonomi negara," katanya. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " 130,000 Pekerja Mahir Dihantar Pulang "