• 12 Pakej Projek Pan Borneo Dijangka Siap 2021

    Published: Tuesday, 14 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Perkembangan keseluruhan projek Lebuh Raya Pan Borneo adalah memuaskan dan kesemua 12 pakej akan siap pada 30 Jun 2021 berdasarkan Perjanjian Rakan Kongsi Penyerahan Projek, kata Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi.

    "Terdapat hanya dua pakej pembinaan yang mengalami sedikit kelewatan," tambah beliau.

    Menurut laporan Utusan Borneo, dia memberitahu bahawa pakej tersebit ialah pakej Serian hingga ke Persimpangan Pantu yang terlewat 2.25 peratus akibat kekurangan tenaga kerja dan jentera.

    Tambahnya, pakej Batang Skrang ke Sungai Awik yang terlewat 0.5 peratus akibat kelewatan dalam kerja-kerja memasang cerucuk bagi membina jambatan di laluan tersebut.

    "Ketika ini, pakey Batang Skrang ke Sungai Awik siap 5.44 peratus berbanding 5.94 peratus seperti dirancang," ujarnya.

    Bagi pakej Nyabau ke Persimpangan Bakun, tarikh asal telah disemak semula untuk disiapkan pada 20 Ogos 2018 berbanding 29 Oktober 2017.

    "Dua temph lanjutan telah diluluskan kerana punca kelewatan adalah disebabkan halangan struktur namun, projek ini dilaksanakan mengikut jadual," jelas beliau lagi. - Sarawakiana
  • No Comment to " 12 Pakej Projek Pan Borneo Dijangka Siap 2021 "