• 1,077 Kematian Penunggang Motosikal Babitkan Pelajar

    Published: Saturday, 11 November 2017
    A- A+

    ALOR GAJAH : Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Bukit Aman merekodkan seramai 1,077 kes kematian membabitkan pelajar yang menunggang motosikal bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, berbanding 1,686 kes sama, sepanjang tahun lalu.

    Ketua Pengarahnya, Senior Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, seramai 1,158 kes cedera parah dan 1,675 kes cedera ringan bagi tempoh sama tahun ini berbanding 1,262 kes (parah) dan 2,088 kes (cedera ringan) tahun lalu.

    "Jumlah itu direkodkan berdasarkan statistik yang dikeluarkan membabitkan pelajar berumur enam hingga 20 tahun.

    "Majoriti kemalangan membabitkan kematian adalah penunggang motosikal, setiap tahun dan kita percaya masih ramai pelajar menggunakan motosikal berbanding kereta," katanya.

    Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Pencegahan Jenayah Pelan Tindakan Inisiatif Strategik Lautan Biru (NBOS) di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal, dekat sini, petang tadi.

    Yang turut hadir, Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr Shahrin Shahib.

    Justeru, beliau berkata, program kempen berkenaan akan diteruskan kepada golongan sasaran iaitu pelajar bagi memberi pendedahan pemanduan dan penunggangan motosikal secara berhemah dan bertanggungjawab. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " 1,077 Kematian Penunggang Motosikal Babitkan Pelajar "