• 100 NGO Islam Serah Memo Sokong Bajet 2018

    Published: Friday, 3 November 2017
    A- A+


    PUTRAJAYA – Hampir 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tanda sokongan kepada Bajet 2018 yang dibentangkan, Jumaat lepas.

    Presiden Gabungan Pelajar Semenanjung, Zambri Mohd Isa, yang mewakili kumpulan NGO tersebut menyerahkan memorandum berkenaan kepada Najib yang juga Menteri Kewangan di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

    Bercakap kepada media selepas penyerahan memorandum itu, Zambri berkata sokongan yang dizahirkan kesemua NGO tersebut adalah kerana bajet tersebut dilihat begitu dekat kepada rakyat terutamanya orang Melayu dan Islam.

    “Kita tidak melihat pengumuman bajet itu sebagai satu bajet pilihan raya tetapi merupakan bajet untuk masa depan selaras dengan Transformasi Nasional 2050,” katanya.

    Beliau berkata antara kandungan memorandum tersebut adalah mengenai sokongan terhadap kandungan Bajet 2018 dalam meningkatkan syiar Islam dan usaha mentransformasikan Bumiputera.

    “Ini antara lain saluran bantuan yang diteruskan kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara), imam dan bilal serta pendekatan tambahan yang diberikan kepada orang Islam,” katanya. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " 100 NGO Islam Serah Memo Sokong Bajet 2018 "