• Zidane Mahu Latih Real Sampai 'Kiamat'

    Published: Saturday, 14 October 2017
    A- A+


    LEGENDA Perancis, Zinedine Zidane berkata jika diberi pilihan dia mahu melatih Real Madrid sehingga akhir hayatnya.

    Zidane juga berkata dia tidak akan melatih Barcelona meskipun menerima tawaran lumayan daripada kelab tersebut.

    Sejak dilantik pengurus pada 2016, Zidane mencipta kejayaan 'mi segera' dengan membawa Los Blancos meraih dua gelaran Liga Juara-Juara dan masing-masing satu trofi La Liga, Piala Super Sepanyol, Piala Super Eropah dan Piala Dunia Antara Kelab.

    Aksi menentang Getafe malam ini merupakan perlawanan ke-100 Zidane sejak mengambil alih tugas daripada Rafa Benitez.

    "Ya ini perlawanan ke-100 saya sebagai pengurus Real. Sudah tentu saya mahu tempoh 90 minit berakhir dengan kemenangan.

    "Semasa bergelar pemain, saya meraih banyak kejayaan bersama kelab ini. Jadi apabila bergelar pengurus tanggungjawab itu lebih besar.

    "Orang sekeliling akan sentiasa mencari kesalahan dan meletakkan jangkaan tinggi. Tapi itu bukan tekanan kerana saya bukan orang yang mudah berputus asa.

    "Dan satu perkara yang anda perlu tahu, hati saya tetap bersama Real. Saya tidak akan mengkhianati kelab ini.

    "Jika ada tawaran dari Barcelona, saya boleh katakan kepada mereka...boleh jalan," ujar Zidane-SH

    Subjects:

  • No Comment to " Zidane Mahu Latih Real Sampai 'Kiamat' "