• Yeoh Tiong Lay Meninggal Dunia

    Published: Thursday, 19 October 2017
    A- A+

    PETALING JAYA: Jutawan Yeoh Tiong Lay (gambar) yang merupakan pengasas YTL Corporation Bhd, meninggal dunia pada usia 87 tahun.

    Keluarga dijangka membuat pengumuman pada pukul 5 petang Rabu.

    Yeoh mengasaskan YTL pada tahun 1955 sebagai syarikat pembinaan kecil.

    Syarikat itu kini menjadi konglomerat terbesar Malaysia yang tertumpu kepada teknologi, hotel, utiliti, pembinaan, dan pengurusan harta.

    Yeoh mempunyai nilai bersih RM10 bilion sekaligus menjadikannya orang kelapan terkaya di negara ini.

    Beliau meninggalkan isterinya, Chen Kairong dan tujuh anak, di antaranya Tan Sri Francis Yeoh yang sekarang menjadi ketua syarikat berkenaan.-mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Yeoh Tiong Lay Meninggal Dunia "