• Yakin Bajet 2018 Ada Tambahan Baik Untuk Rakyat

    Published: Friday, 6 October 2017
    A- A+


    ALOR SETAR – Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa yakin, Bajet 2018 yang bakal dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Okt, mengandungi beberapa tambahan perkara baik untuk rakyat.

    “Datuk Seri Najib sangat terperinci terhadap perkara yang menyentuh perkara asas bagi rakyat… (dan) memahami itu, saya boleh meramalkan beliau akan menambah lagi perkara membantu ke arah kesejahteraan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menjadi panel program Dialog Perjuangan 4 All di sini malam tadi.

    Antara anggota panel yang turut terlibat ialah anggota Majlis Tertinggi UMNO merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki.

    Annuar berkata situasi yang boleh mengukuhkan lagi ramalannya itu adalah setiap kali ada perjumpaan dengan Majlis Tertinggi UMNO mahupun barisan Kabinet menteri, Najib yang juga Menteri Kewangan sering meminta mereka memberikan syor terbaik yang boleh dilakukan demi kebaikan rakyat. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Yakin Bajet 2018 Ada Tambahan Baik Untuk Rakyat "