• Wujud Kelewatan Pembinaan Venue Piala Dunia 2018 - Putin

    Published: Wednesday, 4 October 2017
    A- A+

    MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin, hari ini berkata semua venue yang menjadi gelanggang perlawanan Piala Dunia 2018 secara keseluruhan berada dalam keadaan memuaskan namun terdapat beberapa kelewatan.

    "Kelewatan ini tidak kritikal dan tiada apa yang buruk berlaku namun seperti yang selalu saya katakan... perkara yang paling sukar untuk diselesaikan adalah di peringkat terakhir," kata Putin.

    Putin berkata demikian ketika perjumpaannya dengan pegawai tertinggi sukan, gabenor dan ahli sukan terkemuka di negara berkenaan bagi membincangkan persiapan Piala Dunia.

    "Jika saya bersenang lenang, kami tidak akan dapat menyelesaikan kerja itu."

    Moscow sudah pun meringankan peraturan mengenai visa bagi kemasukan peminat pasukan luar dan menyalurkan berbilion dolar untuk pembinaan stadium-stadium, hotel dan infrastruktur lain.

    Kremlin dikatakan berhasrat untuk memperbaiki imej dan hubungannya dengan pihak barat sejak perang dingin menerusi Piala Dunia. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Wujud Kelewatan Pembinaan Venue Piala Dunia 2018 - Putin "