• Wong Soon Koh Gesa Masyarakat Cina Di Sarawak Bersatu

    Published: Wednesday, 11 October 2017
    A- A+


    KUCHING: Sikap politik yang lebih bertanggungjawab perlu dipertingkatkan dalam usaha menjadikan masyarakat Cina di Sarawak bersatu kata Presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP) Dato Sri Wong Soon Koh.

    “Sikap politik yang lebih bertanggungjawab diperlukan, mengiktiraf masyarakat berbilang kaum dan agama.

    “Masyarakat ini memerlukan politik yang sebenar, keberanian dan keinginan politik yang kuat, maka kita perlu berusaha mencapai matlamat demi kebaikan bersama agar terus bersatu dan kuat, atau mengalami perpecahan,” ujarnya.

    Memetik laporan Utusan Borneo, menurutnya, masyarakat Cina di bandar juga perlu melakukan pemikiran semula ke arah merealisasikan matlamat tersebut.

    Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Perdagangan dan Menteri Kewangan Kedua berkata tidak ada masa untuk melancarkan retorik untuk masyarakat sekarang.

    Sebaliknya memerlukan tanggungjawab dan kolektif bersama semua kumpulan masyarakat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

    “Tetapi sejauh mana kita dapat menyelesaikan masalah jika kita bergantung kepada sikap kita sendiri, kita perlu positif dan pragmatik.

    “Malah tidak mengelak daripada mereka, melalui kerjasama tidak konfrontasi, komitmen dan penyertaan yang kuat,” katanya.

    Tambahnya lagi, ketidakupayaan komuniti Cina untuk menjalin persetujuan mengenai isu-isu politik dan hala tuju yang sama akan memburukkan lagi keadaan bagi masyarakat ini kecuali langkah-langkah segera diambil untuk mencapai perpaduan politik yang lebih besar.

    Justeru, untuk mencapai ukuran konsensus politik, katanya, orang Cina akan terdedah kepada keberkesanan perpaduan masyarakat lain.

    Menurutnya, amalan sekarang yang memecah sokongan politik Cina di kalangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), UPP, Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan lain-lain tidak memberi kebaikan kepada masyarakat Cina.

    Wong menegaskan UPP akan berdiri teguh di belakang Ketua Menteri dan akan memberinya sokongan yang tidak berbelah bahagi bagi melonjakkan ekonomi Sarawak.

    Beliau mengakui bahawa tugas membina masa depan yang lebih baik adalah tanggungjawab kolektif setiap warganegara dan harus bermula dengan pemikiran dan sikap positif jika mahu memainkan peranan yang bermakna dalam pembangunan negara. – Sarawakiana
  • No Comment to " Wong Soon Koh Gesa Masyarakat Cina Di Sarawak Bersatu "