• Wendy Ng Gagal Ujian Doping

    Published: Thursday, 26 October 2017
    A- A+


    PETALING JAYA: Penerjun negara, Wendy Ng Yan Yee akan mengembalikan pingat emas yang dimenanginya pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ogos lalu selepas gagal ujian doping.

    Sampel B milik Wendy juga diuji positif dadah sibutramine, sejenis perangsang yang biasa dijumpai dalam produk pelangsingan tetapi disenaraikan sebagai bahan terlarang oleh Agensi Anti Doping Dunia (Wada).

    Wendy, 24, mewakili negara beraksi dalam acara 3 meter papan anjal individu pada Sukan Olimpik di Rio tahun lalu, berada di New Delhi sejak dua minggu lalu bagi melihat sampel B beliau dibuka dan diuji.

    Setiausaha Kehormat Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Mae Chen mengesahkan bahawa ia telah dimaklumkan tentang keputusan sampel B tersebut pada pagi Khamis (26 Oktober) tetapi enggan mengulas ketika ini sehingga dimaklumkan kepada presiden persatuan, Datuk Seri Shahidan Kassim. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Wendy Ng Gagal Ujian Doping "