• Warga Tua 'Nakal' Mengaku Salah

    Published: Thursday, 12 October 2017
    A- A+


    SINGAPURA: Seorang warga emas berusia 60 tahun mengaku bersalah bertindak 'nakal' hari ini selepas ditangkap mencucuk pencungkil gigi dalam kerusi bas, kes yang menonjolkan pendekatan tegas negara itu, walaupun kepada kesalahan kecil.

    Lim Lye Seng mengaku melakukan kesalahan itu di mahkamah daerah dan meminta didenda, walaupun pendakwa raya mendesak dia dipenjarakan.

    Kesalahan bertindak 'nakal' membawa hukuman maksimum setahun penjara.

    Dia dijadualkan dijatuhi hukuman November ini.

    "Saya merayu hukuman ringan," kata Lye Seng kepada mahkamah menerusi penterjemah, menambah dia menyara dua anak kecil dan ibu bapanya.

    Lye Seng mencucuk pencungkil gigi dalam kerusi bas empat kali antara Julai dan Ogos dan memberitahu penyiasat dia sekadar berjenaka kerana bosan.

    Kes itu diketahui ramai selepas pengguna Facebook menyiarkan gambar tiga pencungkil gigi pada kerusi bas, dan imej itu menjadi viral.

    Republik itu, yang kadar jenayahnya antara paling rendah di dunia, mempunyai undang-undang tegas bagi kesalahan kecil seperti vandalisme, yang boleh dihukum sebat.

    Import dan penjualan gula-gula getah diharamkan kecuali bagi tujuan perubatan. - AFP/BH online

    Subjects:

  • No Comment to " Warga Tua 'Nakal' Mengaku Salah "