• Warga Emas Maut Dalam Pengukus Panas Di Tokong

    Published: Wednesday, 25 October 2017
    A- A+


    Alor Setar : Seorang warga emas maut terkena serangan jantung ketika membuat persembahan dengan berada dalam kawah pengukus kelmarin.

    Dalam insiden 10.30 malam, Lim Ba, 68, duduk di atas papan dan di bawahnya kawah besi berisi air panas sebelum ditutup dengan tudung pengukus.

    Namun mangsa terkena serangan jantung selepas setengah jam di dalam kawah itu sebelum disedari anak dan orang ramai di sebuah tokong di Ayer Hitam.

    Ketua polis Kubang Pasu berkata lelaki itu, yang tidak sedarkan diri, kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, lapor Kosmo!.

    "Mangsa didapati melecur pada muka, badan, kaki dan tangan. Mayat dihantar ke Hospital Jitra untuk dibedah siasat," kata Supt Mohd Ismail Ibrahim.

    Katanya, hasil bedah siasat, Lim mati akibat serangan jantung, kesan melecur tahap empat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

    Sementara itu, anak mangsa Lim Kang Huai berkata bapanya melakukan persembahan sempena perayaan tokong sayur sejak 10 tahun lalu.

    Katanya, ayahnya tidak melakukan tahun lalu kerana baru menjalani pembedahan jantung dan tidak menyangka ia menjadi persembahan terakhirnya. - MalayMail

    Subjects:

  • No Comment to " Warga Emas Maut Dalam Pengukus Panas Di Tokong "