• Warga Emas Ditahan Sebabkan Kematian Penyu

    Published: Tuesday, 3 October 2017
    A- A+


    KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga emas ditahan pihak berkuasa Jabatan Hidupan Liar Sabah berhubung penemuan lapan bangkai penyu yang diterdampar di Pulau Bum Bum, Semporna.

    Pengarahnya, Augustine Tuuga berkata, suspek yang berasal dari Kampung Pantau-Pantau direman selama lima hari.

    Tambah beliau pihaknya sudah mengenal pasti beberapa suspek lain dan sedang menjejaki mereka di beberapa pulau di daerah timur Sabah.

    Penangkapan itu adalah yang pertama berhubung kes pembunuhan penyu yang telah menimbulkan bantahan dalam kalangan pencinta alam sekitar tempatan dan antarabangsa.

    Sementara itu mengulas mengenai siasatan terhadap pembunuhan gajah pygmy dekat Hutan Simpan Maula di Kinabatangan, Tuuga berkata mereka telah mengenalpasti beberapa suspek hasil maklumat orang awam.

    Tambah beliau, siasatan juga sedang dijalankan untuk mengenal pasti tempat pembunuhan seekor gajah jantan yang bangkainya ditemukan terapung di Sungai Kinabatangan pada 25 September lalu.

    Beliau berkata gerakan memburu dijalankan di sepanjang sungai menggunakan bot dan di daratan menggunakan kereta. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Warga Emas Ditahan Sebabkan Kematian Penyu "