• Wanita Terbakar Teruk Jatuh Dalam Unggun Api

    Published: Monday, 9 October 2017
    A- A+


    SYDNEY: Pelancong Perancis yang dilaporkan mengambil dadah halusinasi mengalami kesan kebakaran serius hampir seluruh tubuhnya apabila terjatuh ke dalam unggun api tiga kali, kata pegawai Australia.

    Wanita berkenaan berada di festival muzik Mushroom Valley di pantai timur Australia apabila dia merayau ke dalam hutan ke satu lagi tapak perkhemahan, kata Perkhidmatan Helikopter Penyelamat Queensland Tengah.

    "Wanita berusia 21 tahun menderita kebakaran serius di kaki, perut dan lengan selepas dia jatuh ke dalam unggun api tiga kali.

    "Dia juga mengalami luka dan cedera serius di tangan kaki terkena kawad pagar," kata perkhidmatan itu mengenai kejadian hujung minggu lalu berhampiran Yalboroo.

    Wanita berkenaan, yang tidak dinamakan, kembali ke festival itu dengan bantuan peserta perkhemahan dan dibawa ke helikopter ke hospital berhampiran dengan kesan kebakaran 40 peratus pada tubuhnya.

    Penganjur festival berkata, kira-kira 1,500 orang menghadiri acara tiga hari itu, tanpa kejadian besar lain. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Terbakar Teruk Jatuh Dalam Unggun Api "