• Wanita Tawar Seks Kepada Polis Didenda RM4,000

    Published: Thursday, 19 October 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR – Seorang wanita tempatan berusia 51 tahun didenda RM4,000 atau empat bulan penajara oleh Majistret di sini hari ini kerana menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang anggota polis di kaki lima sebuah kedai pakaian di sini, dua hari lepas.

    Majistret Zuhair Rosli menjatuhkan hukuman itu terhadap Tang Moy Lan selepas dia mengaku bersalah menawarkan khidmat seks kepada Lans Koperal Mohamad Yusoff Abdullah, 56, dengan bayaran RM100 untuk sekali perkhidmatan itu.

    Kesalahan itu dilakukan di kaki lima kedai pakaian Hari-Hari, Jalan Petaling, di sini, pada jam 10.40 malam, Selasa lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

    Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, gagal membayar denda itu.

    Terdahulu, ketika diminta mengemukakan rayuan oleh Zuhair, tertuduh hanya menggelengkan kepalanya.

    Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mohd Ashif memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Tawar Seks Kepada Polis Didenda RM4,000 "