• Wanita Seberat 155kg Duduk Atas Budak Hingga Maut

    Published: Thursday, 19 October 2017
    A- A+


    FLORIDA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang kanak-kanak maut selepas seorang wanita seberat 155 kilogram duduk diatasnya sebagai satu bentuk hukuman.

    Menurut laporan SCMP, Veronica Posey, 64, mengenakan hukuman itu terhadap anak saudara perempuannya, Dericka Lindsay yang didakwa degil.

    Tidak lama selepas beliau duduk diatas mangsa, mangsa didapati tidak lagi bernafas dan pengsan dalam kejadian sabtu lepas.

    Posey mengatakan beliau terus menelefon 911 dan membuat CPR terhadap mangsa.

    Mangsa diisytiharkan meninggal dunia sejam selepas tiba di hospital.

    Ibu mangsa, Grace Smith mengatakan beliau menghadapi masalah dengan anaknya lalu Posey dipanggil untuk menguruskan Dericka.

    Posey kini berhadapan dakwaan membunuh tahap kedua dan mendera manakala ibu dan bapa mangsa, James Smith berhadapan dakwaan pengabaian anak.

    Kesemua tertuduh dijangka dibicarakan pada 3 November depan.- Sinar Online

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Seberat 155kg Duduk Atas Budak Hingga Maut "