• Wanita Maut Pertama Kali Pegang Stering Di Arab Saudi

    Published: Monday, 9 October 2017
    A- A+

    Seorang wanita meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya ketika pertama kali memegang stering, beberapa hari selepas kerajaan Arab Saudi menarik balik larangan ke atas pemandu wanita sejak 60 tahun lalu.

    Wanita tersebut ketika itu sedang belajar memandu di Jeddah apabila kereta itu dilaporkan merempuh tembok batu.

    Sementara orang yang mengajarnya memandu pula ada suaminya sendiri.

    Kebanyakan kaum wanita di negara itu, telah memandu secara haram sejak enam dekad lalu. Arahan larangan memandu itu bagaimanapun ditarik balik minggu lepas oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman.

    Kaum wanita dibenarkan memandu kereta mulai Jun 2018.

    Hak-hak wanita di Arab Saudi telah berubah dengan drastik dalam masa beberapa tahun ini. Jika sebelum ini mereka tidak dibenarkan mengundi, namun selepas 2015, mereka dibenarkan berpolitik.

    Kini 20 peratus pentadbiran kerajaan adalah wanita. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Maut Pertama Kali Pegang Stering Di Arab Saudi "