• Wan Junaidi Sedia Pertahan Parlimen Santubong Jika Dicalonkan Semula

    Published: Monday, 9 October 2017
    A- A+

    Dato Sri Wan Junaidi Tunku Jaafar akan mempertahankan kerusi Parlimen Santubong yang disandangnya jika kepimpinan parti masih memerlukan khidmat Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu.

    Memetik laporan The Borneo Post, beliau menyerahkan segala keputusan kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) peringkat pusat dan negeri.

    "Saya sentiasa patuh dengan kepimpinan politik saya. Jika Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) bersetuju saya sebagai calon BN, saya akan pertahankannya (kerusi Parlimen Santubong)," katanya.

    Sebagai menteri penuh, beliau mempunyai keupayaan membawa projek bukan sahaja di Parlimen Santubong tetapi seluruh Sarawak.

    "Kesihatan saya amat baik dan masih mampu untuk berkhidmat kepada rakyat," ujarnya.-Sarawakiana


    Subjects:

  • No Comment to " Wan Junaidi Sedia Pertahan Parlimen Santubong Jika Dicalonkan Semula "