• Wan Junaidi Dapat Sokongan Padu Untuk Dicalonkan Semula

    Published: Monday, 23 October 2017
    A- A+

    Penyandang Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mendapat sokongan untuk terus dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) mewakili Barisan Nasional (BN).

    Terbaru, sayap wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di bawah Parlimen Santubong yang menyatakan sokongan untuk melihat Wan Junaidi sekali lagi mewakili kawasan tersebut.

    Memetik laporan The Borneo Post, Ketua Wanita PBB Tanjong Datu, Fatimah Abdullah berkata, mesyuarat tertutup yang dijalankan sebelum ini membuat keputusan untuk menyokong Wan Junaidi mewakli BN.

    "Banyak geran dan kerja keras beliau diterjemahkan dengan keputusan cemerlang di Santubong, dan menjadi permintaan kami untuk melihat kepimpinan BN terus menurunkan beliau pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

    Ketua Wanita PBB Pantai Damai, Jamaiyah Sulaiman turut senada dengan Fatimah sambil menyifatkan kepimpinan Wan Junaidi masih diperlukan di Santubong.

    "Penduduk Santubong masih memerlukan perkhidmatan beliau dan kita mahu melihat beliau mempertahankan Santubong sekali lagi," ujarnya.

    Sementara itu, Setiausa Politik Wan Junaidi, Datuk Seri Wan Hamzah Wan Paie berkata, bukan sahaja sayap wanita PBB mahukan Wan Junaidi bertanding tetapi setiap ahli parti.

    "Saya bertugas sebagai setiausaha beliau dan melihat kerja keras beliau berkhidmat kepada rakyat. Semangat beliau berkhidmat lebih hebat berbanding generasi muda.

    "Bagi saya, Wan Junaidi tidak berdepan isu untuk mempertahankan Santubong pada Pilihan Raya Umum akan datang," jelasnya.-Sarawakiana





    Subjects:

  • No Comment to " Wan Junaidi Dapat Sokongan Padu Untuk Dicalonkan Semula "