• Vietnam Intai Peluang Anjur Perlumbaan F1 – Laporan

    Published: Wednesday, 11 October 2017
    A- A+

    Menurut sebuah laporan oleh Motorsport.com, Vietnam disifatkan bakal menjadi hos bagi perlumbaan F1 pada masa hadapan. Pengarah Urusan bahagian operasi komersial F1, Sean Bratches mendedahkan bahawa pencarian lokasi perlumbaan di Asia berkemungkinan berlaku berikutan penarikan diri Malaysia daripada penganjuran perlumbaan berprestij itu.

    Walaupun masih belum ada maklumat terperinci didedahkan setakat ini, desas-desus perlumbaan dari jalanan di Hanoi mungkin akan mengambil tempat sekiranya Grand Prix Vietnam itu dianjurkan. Dilaporkan awal tahun ini telah berlangsung persetujuan yang hampir selesai yang dilakukan oleh ketua F1 terdahulu, Bernie Ecclestone, sebelum kemudiannya dibatalkan kerana beliau merasakan jumlah perlumbaan di rantau ini sudah memadai.

    Selain Vietnam, cakap-cakap tentang perlumbaan kedua di China juga ada kedengaran; sebuah pasaran yang disifatkan sangat penting oleh Liberty Media. Antara perancangan awalnya termasuk perlumbaan jalanan di Beijing, satu daripada kota yang paling ramai penghuninya di dunia.

    Bratches terlebih dahulu menyatakan jumlah perlumbaan akan dihadkan sebanyak 25 bagi setiap musim, dan kalendar musim depan setakat ini hanya mempunyai 21 perlumbaan dan belum muktamad. Ini membuka kepada kemungkinan pertambahan empat lagi perlumbaan, dan lebih daripada 40 lokasi telah menyatakan minat untuk menganjurkannya. - Paultan

    Subjects:

  • No Comment to " Vietnam Intai Peluang Anjur Perlumbaan F1 – Laporan "