• VIDEO : Menakutkan, Ular ‘Lembik’ Keluar Dari Mangkuk Tandas

    Published: Thursday, 12 October 2017
    A- A+


    Alor Setar : Seekor ular sepanjang dua meter keluar dari mangkuk tandas di sebuah rumah di Kamping Telaga Jambu, Kodiang, Jumaat lalu.

    Ular belalai gajah, reptilia kehitaman dan lembik dengan kepala kecil dianggar seberat 15 kilogram ditemui Lutfi Asraf Mat Zuki ketika mencuci pakaian jam 8 malam, lapor Kosmo!.

    “Sebaik melihat reptilia itu muncul dari mangkuk tandas, abang berlari keluar dan memberi amaran kepada kami yang ada di rumah supaya berhati-hati dengan haiwan tersebut,” kata Mohd Zulhanif, 25, adik Lutfi.

    Rakaman yang dimuat naik Mohd Zulhanif di Facebook dikongsi 5,000 kali, turut disiarkan media antarabangsa Daily Mail.


    Beliau berkata reptilia yang turut dikenali sebagai ular karung guni ditangkap bapanya menggunakan kuku kambing sebelum dilepaskan ke sungai dua hari kemudian.

    Walaupun rumah keluarganya kerap dimasuki ular, Mohd Zulhanif menyifatkan kejadian itu amat menakutkan.

    Pengarah Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Muhammad Ali Che Aman pula berkata ular itu boleh ditemui di Malaysia, Thailand, Indonesia, Kemboja dan Vietnam. - malayMail

    Subjects:

  • No Comment to " VIDEO : Menakutkan, Ular ‘Lembik’ Keluar Dari Mangkuk Tandas "