• Video Lelaki 'Rogol' Anjing Tular

    Published: Wednesday, 25 October 2017
    A- A+


    IPOH – Satu laporan polis dibuat ke atas seorang lelaki yang dirakam melakukan hubungan seks luar tabii dengan seekor anjing di Taman Indah, Teluk Intan yang videonya tular, sejak Sabtu lepas.

    Laporan berkenaan dibuat Biro Perkhidmatan dan Pengaduan MCA Perak bersama Persatuan Pencegahan Kekejaman Ke Atas Haiwan Ipoh (ISPCA), hari ini di Balai Polis Pekan Bharu, di sini menggesa tindakan penguatkuasaan dikenakan ke atas invidu terbabit.

    Presiden ISPCA, Ricky Soong berkata, tindakan penguatkuasaan perlu diambil agar kelakuan menjijikkan itu tidak terus berleluasa, sekaligus mengentikan sebarang penganiayaan terhadap haiwan.

    Menurutnya, sebelum ini, persatuan ada menerima beberapa laporan berkaitan kes seumpama itu melibatkan haiwan, namun sukar untuk mengesan pelaku kerana ketiadaan bukti.

    “Kali ini, kita ada video dan jelas menunjukkan kelakuan lelaki itu, jadi kita minta siasatan dan tindakan lanjut dapat diambil sebagai pengajaran kepada yang lain,” katanya ketika ditemui media.

    Sedutan video berdurasi satu minit 30 saat itu menunjukkan seorang lelaki mendukung seekor anjing dan melakukan perbuatan itu di hadapan pagar sebuah rumah.

    Kelakuannya berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) rumah terbabit.

    Ricky Soong berkata, setakat ini, hanya satu laporan polis dibuat, namun pihaknya menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian mahupun lelaki terbabit untuk tampil membantu.

    “Kita tak dapat kesan lagi siapa pelaku dalam video itu, jika ada sebarang maklumat, kita minta orang ramai terus menghubungi ISPCA di talian 016-5506915,” katanya.- Sinar Online

    Subjects:

  • No Comment to " Video Lelaki 'Rogol' Anjing Tular "