• Video: Lelaki ‘Gila’ Tolak Wanita Di Stesen Keretapi

    Published: Monday, 23 October 2017
    A- A+


    HONG KONG – Seorang lelaki berusia 56 tahun ditahan polis selepas didapati sengaja menolak seorang wanita sehingga terjatuh di atas landasan tren di Yuen Long, kelmarin.

    Lapor Dailymail, mangsa yang merupakan seorang pekerja pembersihan ketika kejadian sedang bercakap dengan rakannya di seberang platfrom.

    Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan lelaki terbabit dengan selamba berjalan di belakang wanita berkenaan sebelum secara tiba-tiba menolak mangsa yang sedang bersembang.

    Mangsa yang tidak sempat berbuat apa-apa, terjatuh dengan mukanya terhempap kuat di landasan berkenaan.

    Lelaki terbabit kemudian terus berlalu pergi dari tempat kejadian seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

    Mujurlah tiada tren yang lalu di landasan pada waktu itu dan mangsa kemudian dibantu oleh orang awam sebelum dibawa ke hospital.

    “Mangsa mengalami kecederaan parah di tulang rahang dan telah dikejarkan Hospital Pok Oi untuk menjalani rawatan,” kata seorang jurucakap polis seperti yang dipetik portal South China Morning Post.

    Lelaki berusia 56 tahun itu bagaimanapun ditahan di kawasan berhampiran stesen tidak lama kemudian dan siasatan terhadap motif serangannya sedang dijalankan. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Video: Lelaki ‘Gila’ Tolak Wanita Di Stesen Keretapi "