• Video Imam Meninggal Dunia Selepas Solat Tular

    Published: Saturday, 7 October 2017
    A- A+

    JEDDAH - Rakaman video seorang imam di Mekah yang meninggal dunia semasa memberi ceramah kepada jemaah di sebuah masjid selepas mengimamkan solat Asar pada Rabu lalu kini tular dalam internet.

    Imam Khalid Al-Qurashi meninggal dunia di Masjid Abdul Qadir di Awali, Mekah, lapor portal Arab News.

    Melalui rakaman itu beliau yang merupakan anggota fakulti Universiti Umm Al Qura dilihat sedang berlutut menghadap jemaah masjid selepas menunaikan solat Asar.

    Jemaah masjid itu juga dilihat meluru ke arah Khalid dan mengangkat tubuh imam itu.

    Mereka yang mengenali Khalid memberitahu, imam berkenaan merupakan seorang yang baik dan suka memberikan senyuman.- UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Video Imam Meninggal Dunia Selepas Solat Tular "