• Venezuela Kehabisan Kertas & Dakwat

    Published: Friday, 13 October 2017
    A- A+

    Rakyat Venezuela telah dimaklumkan bahawa mereka boleh menggunakan passport yang telah tamat tempoh selama dua tahun lagi disebabkan kerajaan negara itu sudah kehabisan kertas dan dakwat untuk mencetak passport baru.

    Dikri kecemasan mengenai perkara itu telah ditandatangani oleh Presiden Maduro untuk melanjutkan tempoh sah passport tersebut.

    Sekurang-kurangnya sejuta rakyat Venezuela terpaksa menunggu berbulan-bulan untuk mendapatkan passport baru dan keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat ke luar negara untuk sementara waktu.

    Pada Mac, Jabatan Imigresen negara itu memaklumkan kekurangan material mengakibatkan masalah itu berlaku.

    Tuntutan perjalanan semakin meningkat di Venezuela kerana penduduknya ingin melarikan diri daripada krisis politik serta kemelesetan ekonomi di negara berkenaan.

    Sejak harga minyak global menjunam pada 2015, Venezuela tidak mempunyai dana untuk mengimport barang termasuk barang asas seperti makanan dan ubat-ubatan. Kadar inflasi di negara itu juga meningkat kepada 700 peratus.

    Ia bertambah buruk apabila berlaku peningkatan mendadak dalam jenayah keganasan terutama di ibu kota Caracas. – MYNEWSHHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Venezuela Kehabisan Kertas & Dakwat "