• Universiti Tawar Kursus Turun Berat Badan

    Published: Monday, 16 October 2017
    A- A+


    SEBUAH universiti di timur China menawarkan kursus menurunkan berat badan dalam usaha untuk menangani masalah obesiti di kampus tersebut.

    Seramai 50 pelajar mendaftar kursus tersebut yang berlangsung selama setahun di Universiti Pertanian Nanjing di wilayah Jiangsu.

    Para pelajar digalakkan untuk menurunkan badan mereka menerusi kombinasi latihan biasa dan kawalan diet, lapor televisyen Jiangsu.

    Sebanyak 60 peratus daripada gred pelajar akan ditentukan berdasarkan berapa banyak berat yang telah diturunkan.

    Pensyarah, Zhou Quanfu berkata, kebanyakan pelajar yang mempunyai berat badan berlebihan sering beranggapan bahawa diet itu sesuatu yang sia-sia.

    "Sebagai motivasi, kita mewujudkan satu kursus bagi membolehkan mereka menurunkan berat badan secara langsung menerusi pemberian markah," kata Zhou dipetik sebagai berkata. - South China Morning Post/mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Universiti Tawar Kursus Turun Berat Badan "