• Tuntut Kad Diskaun Lepas Buat Tatu Burger

    Published: Friday, 20 October 2017
    A- A+


    SEORANG lelaki telah berkongsi bagaimana dia sanggup mengukir tatu di badannya hanya untuk 'kekasih abadinya' yang 'tidak masuk akal'.

    Tom Fletcher, dari New South Wales, Australia, memilih bahagian tepi badan untuk mendedikasikan kecintaannya terhadap burger KFC 'Zinger Stacker'.

    Walaupun alasan sanggup menyakitkan dirinya dengan memasukkan dakwat ke dalam badan demi kesetiaan terhadap sebiji burger nampak mengaruh, Fletcher sekurang-kurangnya mendapat manfaat dengan tindakannya itu.

    Dengan sedikit bantuan daripada terjemahan Google, Fletcher telah mengeja 'Zinger Stacker dalam bahasa Arab untuk mendapatkan reka bentuk tatunya.

    Penggemar ayam itu kemudian menunjukkan tatu baharunya di Facebook dan mendapat lebih dari 12,000 'like' dalam masa yang pantas.

    Dalam postingnya yang tular sekarang, Fletcher menulis surat kepada KFC dan dengan 'nakal' menggunakan tatunya itu untuk meminta kad diskaun.

    Dia menulis: "KFC yang dihormati, saya hanya ingin berkongsi cerita dengan kamu.

    "Ketika sedang membesar ibu bapa sering memberitahu saya supaya mengejar impian dan jangan sesekali melepaskan perkara yang paling saya sukai.

    "Selepas beberapa kali patah hati, saya sedar bahawa cinta sejati saya adalah Zinger Stacker.

    "Ketika saya bersedih, saya akan mencari 'kekasih' sebenar saya ini untuk meletakkan semula senyuman di wajah saya dan kamu tidak pernah gagal melakukannya.

    "Selepas menghabiskan banyak masa dan wang di KFC, saya tidak dapat menyatakan betapa Zinger kamu mempengaruhi kehidupan saya.

    "Saya memutuskan bahawa saya perlu menyebarkan pujian dan mengakui kecintaan terhadap burger pedas keemasan yang lazat ini dan mengukir tatu untuk satu perkara paling penting buat saya.

    "Sejak saya mempunyai tatu ini, saya rasa seolah-olah saya sentiasa membawa kebahagiaan bersama diri saya dan sejak itu saya berkongsi tentang cinta hidup saya dengan semua orang yang rapat dengan saya.

    "Oleh kerana saya telah menghabiskan sejumlah wang yang banyak untuk Zinger kamu dan telah membuat tatu burger kamu di badan saya, saya memohon kad diskaun KFC supaya saya terus dapat berkongsi kecintaan ini.

    "Saya sayangkan tatu saya seperti yang saya sayangkan burger kamu, jadi saya hanya meminta agar cinta ini dibalas sedikit," tulisnya.

    The Sun Online menghubungi Fletcher memeriksa sama ada dia telah mendapat kad diskaun tersebut.

    Fletcher mendedahkan, walaupun syarikat itu belum memberi respons, dia telah dibanjiri dengan tawaran kad diskaun daripada orang lain. -theSun/mStar


    Subjects:

  • No Comment to " Tuntut Kad Diskaun Lepas Buat Tatu Burger "