• Tumpasnya `Puntianak Harum Sundal'

    Published: Thursday, 12 October 2017
    A- A+

    Rahsia bangunan usang di Jalan Gelang, Kuala Lumpur, yang didakwa dihuni `hantu’ terjawab apabila 23 pelacur warga asing berjaya diberkas sepasukan anggota Jabatan Imigresen (JIM).

    Dalam operasi khas jam 1 pagi semalam, semua pelacur terbabit dikesan mendiami bangunan empat tingkat itu yang turut dijadikan markas melayani pelanggan.

    Operasi dilakukan susulan pendedahan Harian Metro berhubung kegiatan maksiat di kawasan itu pada 10 September lalu.

    Difahamkan sindiket pelacuran mengubah suai dan menjadikan bangunan usang itu sebagai `markas’ bagi membolehkan pelacur melayani pelanggan.

    Ketika serbuan dijalankan, semua pelacur itu dikesan berpeleseran di kawasan medan selera terletak tidak jauh dari bangunan itu.

    Risikan pihak Imigresen mendapati bangunan usang itu dijadikan kediaman pelacur manakala medan selera pula menjadi tempat memikat pelanggan dikalangan lelaki tempatan.

    Hasil operasi itu, pihak imigresen menahan 11 wanita warga Vietnam, lima China, empat Indonesia, dua Myanmar dan seorang Filipina.

    Turut ditahan tiga lelaki warga Myanmar yang dipercayai pekerja di medan selera itu yang diambil tindakan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan - Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959 / 1963 (Pindaan 2002) dan Seksyen 6(1)(c) akta yang sama.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Tumpasnya `Puntianak Harum Sundal' "