• Tuai Dosa Dalam Masjid

    Published: Tuesday, 31 October 2017
    A- A+

    GOMBAK: Kelibat toyol memakai baju-T biru dikesan membuat onar di masjid Taman Sri Gombak, di sini.

    Itu yang dilakukan seorang penjenayah yang bertindak melarikan beg tangan milik seorang jemaah wanita yang sedang sujud bersembahyang.

    Dalam kejadian jam 4.41 petang kelmarin, mangsa dikatakan menunaikan solat Asar di ruangan khas untuk wanita.

    Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian berkenaan, suspek yang memakai baju-T berwarna biru dan seluar jean dilihat memasuki ruang solat bahagian lelaki terlebih dahulu.

    Suspek didapati melihat keadaan sekeliling terlebih dulu sebelum mengambil beg tangan mangsa dan berlari keluar dari masjid.

    Suspek hanya mengambil masa beberapa saat untuk melakukan jenayah itu ketika mangsa sedang dalam keadaan bersujud.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

    “Kami akan meneliti rakaman CCTV berkenaan bagi mengenal pasti identiti suspek.

    “Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan,” katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Tuai Dosa Dalam Masjid "