• Trumph Tangguh Penerbitan Fail JKF

    Published: Friday, 27 October 2017
    A- A+

    Presiden Donald Trump membenarkan penyiaran ribuan rekod mengenai pembunuhan presiden John F Kennedy, namun menangguhkan penerbitan beberapa fail sensitif.

    Terdahulu, Arkib Nasional telah diberi mandat dan kelulusan untuk memuat naik semua 2,800 rekod itu di laman web mereka.

    Namun, sumber memberitahu, Trump telah menangguhkan penyiaran beberapa dokumen berkaitan pembunuhan Kennedy di Dallas, Texas pada 22 November 1963, atas permintaan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan beberapa agensi lain.

    Menurut pegawai itu, dokumen terbabit mencakupi beberapa fail yang berkait rapat dengan aspek keselamatan negara dan beberapa perkara penting lain.

    Trump dilaporkan bersetuju dengan permintaan itu dan memberikan tempoh enam bulan kepada semua agensi berkenaan untuk menjelaskan faktor dokumen terbabit tidak boleh didedahkan kepada umum.

    "Ada beberapa maklumat yang sensitif dalam semua dokumen itu, sebagai contoh identiti pemberi maklumat dan peranan mereka.

    "Presiden pula mahu memastikan wujud ketelusan penuh dalam perkara ini dan mahu semua dokumen itu disiarkan kepada umum secepat mungkin," katanya.

    Suruhanjaya Warren yang menyiasat pembunuhan presiden penuh karisma berusia 46 tahun itu sepakat menyatakan bahawa ia dilakukan bersendirian oleh bekas penembak tepat pasukan Marin, Lee Harvey Oswald. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Trumph Tangguh Penerbitan Fail JKF "