• ‘Trump’ Kini Di Muzium Lilin Madame Tussauds Berlin

    Published: Thursday, 19 October 2017
    A- A+



    BERLIN – Muzium Lilin Madame Tussaunds di Berlon, Jerman kini telah menerima ‘penghuni’ baharu mereka.

    Kini, patung lilin mirip Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sudah selamat sampai di muzium itu.

    Hasil yang sangat teliti itu membuatkan patung lilin tersebut memperlihatkan seperti susuk tubuh Trump yang sebenar.

    Rambutnya yang berwarna perang keemasan serta bintik di wajahnya turut dihasilkan dengan penuh teliti. Bahkan, kedutan di bahagian mata dan kulit wajahnya yang seperti terkena sunburn itu turut nampak jelas pada patung lilin itu.

    Seramai 16 orang diperlukan dalam proses penghasilan patung lilin ini kerana hasilnya yang mengagumkan.

    Ukuran badan Presiden Amerika Syarikat itu juga turut diminta terus dari pekerja di White House agar hasilnya kelihatan seperti Trump yang sebenar.

    Ramai pengunjung muzium itu telah meminta agar patung lilin Trump dapat ditayangkan di muzium tersebut. Namun, selepas setahun barulah patung lilin Trump itu diletakkan di situ.

    Sebelum ini, patung lilin Donald Trump juga turut telah dihasilkan oleh pengukir profesional, Davil Gardner dan hasilnya itu telah ditayangkan di Muzium Madame Tussaud di London.

    Patung presiden Amerika Syarikat yang ke-45 itu telah dihasilkan oleh hampir 20 orang dan disiapkan dalam masa enam bulan lamanya.

    Selain itu, David bersama dengan pasukannya yang lain turut mengejar waktu dalam menghasilkan tiga lagi patung Trump untuk dikirimkan ke beberapa wilayah seperti Orlando, New York dan Washington DC. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " ‘Trump’ Kini Di Muzium Lilin Madame Tussauds Berlin "