• Trump Enggan Terima Perjanjian Nuklear Iran

    Published: Saturday, 14 October 2017
    A- A+

    WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump hari ini mengumumkan enggan menerima Perjanjian Nuklear Iran 2015.

    Beliau turut memberi amaran, AS bakal menarik diri daripada 'perjanjian terburuk dalam sejarah' itu.

    "Hari ini saya mahu mengumumkan bahawa kami tidak boleh dan tidak akan mengesahkan perjanjian itu.

    "Kami tidak meneruskan sebarang usaha yang keputusannya seperti dijangka, yang akan berakhir dengan keganasan dan malapetaka berikutan ancaman nuklear Iran," katanya.

    Presiden AS itu turut mengumumkan sekatan baharu ke atas Pasukan Pengawal Revolusi Islam dan dilihat hampir mengisytiharkan kumpulan berkenaan sebagai pertubuhan pengganas. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Trump Enggan Terima Perjanjian Nuklear Iran "