• Tottenham Keluarkan Larangan Seumur Hidup?

    Published: Tuesday, 31 October 2017
    A- A+


    TOTTENHAM mengeluarkan larangan seumur hidup ke atas dua penyokong yang melemparkan cawan mengandungi air kencing ke arah penyokong West Ham dalam perlawanan Piala Carabao membabitkan dua pasukan itu pada malam Rabu lalu.

    Polis melancarkan siasatan selepas video menunjukkan seorang penyokong membuang air kecil ke dalam cawan plastik dan membawanya ke bahagian hujung di Wembley.

    Tottenham kini mengambil langkah agresif dengan mengeluarkan larangan seumur hidup kepada kedua penyokong yang dikenal pasti dalam video berkenaan.

    Lelaki berkenaan pada awalnya mahu melemparkannya pada kawasan penyokong West Ham, tetapi sebahagian besar kandungan cawangan itu mengenai para pengikut Spurs.

    Pada hari kejadian, perlawanan itu menyaksikan Tottengam tewas pada West Ham dengan 2-3. - Mail Online/mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Tottenham Keluarkan Larangan Seumur Hidup? "