• Tonggek Kilafairy Undang Cemuhan Netizen

    Published: Sunday, 1 October 2017
    A- A+

    IMEJ seksi dan menggoda penyanyi dan pelakon Kilafairy sememangnya menjadi buah mulut ramai sejak di awal kemunculannya di bidang seni lagi.

    Bermodalkan wajah eksotik, bibir mungil dan bentuk badan yang sempurna, Kila tidak ‘segan-silu’ menayangkan asetnya dengan bergaya provokatif setiap kali gambarnya dirakamkan.

    Namun, keseksian Kila ternyata ‘memakan diri’ apabila gambarnya ‘melentik’ sakan di Instagram mengundang kritikan netizen.

    Dalam gambar yang dimaksudkan itu, Kila dilihat mempromosikan sejenis produk makanan kesihatan umtuk menguruskan badan dan berposing menggoda bagi menunjukkan efek produk pelangsingan tersebut.

    Bagaimanapun, Kila tidak mengambil pusing kata-kata nista mereka malah memandang negativiti mereka sebagai ‘masalah kurang IQ’.

    “Mulut orang tak boleh nak tutup. Jadi, biarlah mereka nak cakap apa. Percakapan mereka itu melambangkan IQ mereka.

    “Lagipun, mereka yang juga tolong lihat karya-karya saya. Kami memerlukan satu sama lain,” kata Kila ketika dihubungi mStar Online. –MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Tonggek Kilafairy Undang Cemuhan Netizen "