• TMJ ziarah Makam Diraja

    Published: Thursday, 26 October 2017
    A- A+

    JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini berkenan menziarahi makam kerabat diraja Johor di Makam Diraja Mahmoodiah, Jalan Mahmoodiah, di sini, bersempena Hari Hol.

    Tunku Ismail yang tiba di perkarangan makam jam 9 pagi disambut Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim; Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

    Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani; Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, EXCO kerajaan negeri, anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, ahli Parlimen, pegawai daerah dan pegawai kanan kerajaan.

    Tunku Ismail memulakan upacara dengan menziarahi makam datuk baginda, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail yang mangkat pada 22 Januari 2010, di usia 77 tahun.

    Tunku Mahkota Johor kemudian menziarahi makam adindanya, Tunku Laksamana Johor, Almarhum Tunku Abdul Jalil yang mangkat pada 5 Disember 2015 akibat kanser hati pada usia 25 tahun.

    Mufti Johor, Datuk Tahrir A Samsudin mengiringi bacaan doa pada setiap pusara yang diziarahi.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " TMJ ziarah Makam Diraja "