• Tiga Pengorbanan Terbesar Kekasih Putera Harry

    Published: Wednesday, 18 October 2017
    A- A+


    MEGHAN Markle melakukan beberapa pengorbanan besar demi hubungannya dengan Putera Harry, dan tiga daripadanya dilihat 'benar-benar besar'.

    Bintang drama bersiri 'Suit' ini telah bertemu dengan Harry tahun lalu dan 'orang istana' percaya pengumuman pertunangan pasangan ini mungkin akan dibuat menjelang Krismas.

    Tetapi pelakon dari Amerika ini perlu membuat beberapa perubahan besar dalam hidupnya untuk menyertai keluarga diraja.

    Seperti yang dilakukan Kate Middleton sebelum berkahwin dengan Putera William pada tahun 2011, Markle akan dipaksa untuk berhenti kerja sebelum meneruskan hidup dan menjalankan tanggungjawab sebagai salah seorang ahli keluarga diraja secara sepenuh masa.

    Hanya beberapa hari yang lalu, Markle, 36, didakwa telah memberitahu bosnya untuk drama bersiri undang-undang Amerika, Suit, bahawa dia tidak akan kembali untuk musim kelapan siri itu tahun depan.

    Selain perlu meninggalkan kerjaya dalam bidang seni, Markle juga telah menutup blog gaya hidupnya tahun lepas.

    Laman The Tig yang dikendalikannya itu ditutup selepas tiga tahun dibuka, walaupun ia semakin popular dan pengikutnya semakin meningkat.

    Pada masa itu, timbul spekulasi bahawa keluarga diraja merasakan bahawa seseorang yang bergelar blogger tidak sesuai untuk menjadi seorang puteri.

    Perubahan terbesar yang mungkin akan dibuatnya adalah meninggalkan kehidupannya di Kanada.

    Markle telah tinggal di Toronto selama bertahun-tahun, tetapi dikatakan secara senyap-senyap sedang membuat persiapan untuk meneruskan kehidupannya di England.

    Daily Star Online melaporkan bahawa dia dan Harry mahu tinggal di Cotswolds bersama-sama.- mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Tiga Pengorbanan Terbesar Kekasih Putera Harry "