• Tiga Penembak Mahu Bawa Kes Ke Mahkamah

    Published: Monday, 30 October 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Tiga atlet menembak negara, Muslifah Zulkifli, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim dan Nur Suryani Taibi sudah bersedia berdepan sebarang kemungkinan apabila bakal membawa kes mereka yang digugurkan daripada Program Podium ke muka pengadilan.

    Selepas hasrat untuk bertemu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar langsung tidak diendahkan, Muslifah berkata, kes membabitkan pengguguran mereka wajar mendapat pembelaan.

    Muslifah menjelaskan, banyak masa mereka dihabiskan untuk negara dan kini masa sudah sampai waktunya bagi membela nasib atlet yang tertindas.

    "Saya serahkan kes ini kepada pihak peguam.

    "Biar mereka yang akan uruskan.

    "Bukan mahu membuka pekung di dada sesiapa. Kami hanya mahu menegakkan keadilan," katanya yang pernah meraih gangsa dalam acara 50 meter prone berpasukan Sukan Asia 2014 di Incheon.

    Episod membabitkan tiga penembak itu bermula apabila empat penembak dalam Program Podium termasuk Muslifah, Ayuni, Suryani dan Muhammad Ezuan Nasir digugurkan daripada program Februari lalu.

    Ia berlarutan apabila Ayuni dan Muslifah disingkirkan daripada skuad menembak KL 2017 kerana dilabelkan sebagai tidak berdisiplin.

    Malah hasrat bertemu Khairy untuk memperjelaskan perkara sebenar juga tidak dilayan.

    "Ke mahkamah adalah jalan terbaik selepas rundingan juga tidak berjaya," katanya. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Tiga Penembak Mahu Bawa Kes Ke Mahkamah "