• Tiga maut ditembak dalam serangan bermotif perniagaan

    Published: Thursday, 19 October 2017
    A- A+


    WASHINGTON: Seorang penyerang bersenjata menyerbu sebuah kawasan perniagaan pinggir bandar di sini dan menembak lima orang, tiga daripadanya maut sebelum melarikan diri.

    Sherif Daerah Harford, Jeffrey Gahler, berkata gerakan memburu Radee Labeeb Prince, 37 yang mempunyai kaitan dengan perniagaan granit di situ kini giat dijalankan.

    Menurut Gahler, serangan terbabit dipercayai bermotifkan perniagaan.

    "Dalam kejadian ini, tiga disahkan maut manakala dua lagi mangsa berada dalam keadaan serius di bilik kecemasan.

    Semua mangsa yang juga pekerja di kawasan perniagaan itu ditembak dengan menggunakan pistol. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Tiga maut ditembak dalam serangan bermotif perniagaan "