• Tiga bilion akaun pengguna Yahoo digodam

    Published: Wednesday, 4 October 2017
    A- A+


    SAN FRANCISCO: Yahoo mengesahkan tiga bilion akaun pengguna digodam dalam kes kecurian data pada 2013, iaitu tiga kali ganda berbanding anggaran awal.

    Ia sekali gus menjadikannya kes penggodaman terbesar dalam sejarah dan bakal dikenakan tindakan undang-undang.

    Pada Disember lalu, Yahoo mendedahkan lebih satu bilion akaun pengguna digodam pada 2013, hingga memaksa syarikat perkhidmatan internet itu menurunkan nilai aset ketika proses jualan dengan pemilik barunya, Verizon Communications (VZ.N).

    Malah, syarikat itu juga mengesahkan, hasil risikan terbaharu mendapati semua akaun milik pengguna terbabit terjejas.

    Namun, hasil siasatan menunjukkan maklumat yang dicuri tidak termasuk kata laluan, teks, data kad pembayaran atau maklumat akaun bank.

    Pada Februari lalu, VZ.N menurunkan tawaran sebanyak US$350 juta (RM1.5 bilion) untuk pembelian aset Yahoo selepas syarikat internet itu berdepan dua kali serangan siber terbesar. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Tiga bilion akaun pengguna Yahoo digodam "