• Tidak Perlu Bimbang - Ahmad Zahid

    Published: Monday, 30 October 2017
    A- A+

    KAJANG: Majikan yang ingin mengupah pembantu rumah asing secara langsung tidak perlu bimbang tentang keselamatan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    Menteri Dalam Negeri itu berkata, sistem keselamatan di tempat seperti sistem Biometrik, BioMedical dan sistem pengimbasan keselamatan akan menapis dengan secukupnya individu yang tidak diingini.

    "Mereka tidak perlu bimbang kerana akan ada proses pengimbasan yang menyeluruh," katanya.

    Langkah untuk membolehkan majikan menggajikan pembantu rumah asing terus dari sembilan negara sumber termasuk Indonesia, Bangladesh, India, Filipina, Myanmar dan Vietnam dijangka akan mengurangkan kos semasa. - mstar

    Subjects:

  • No Comment to " Tidak Perlu Bimbang - Ahmad Zahid "