• Tidak Berpeluang Bercakap, DS Vida Marah Dengan Astro

    Published: Wednesday, 11 October 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman yang juga penaja utama Gegar Vaganza musim keempat menyelar pihak Astro di Instagram hanya kerana tidak memberi dia peluang bercakap di sidang media program realiti itu, semalam.

    Usahawan yang mesra dengan panggilan Datuk Seri Vida itu memuat naik empat rakaman video berserta status meluahkan rasa kurang puas hati dan kecewa terhadap Astro di Instagram.

    Vida dalam salah satu status video itu berkata, luahan itu bukan gimik dan berpendapat produksi sepatutnya membenarkan dia berucap kerana menaja program realiti terbabit yang didakwa bernilai jutaan ringgit.

    “Tak panggil saya cakap sepatah pun. Saya tak puas hati, penganjur lain yang saya taja pun bagi bercakap mengenai produk sendiri,” katanya.

    Malah, Vida turut menunjukkan beliau seolah-olah mahu menangis.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Tidak Berpeluang Bercakap, DS Vida Marah Dengan Astro "