• Tiba Masa Saya Bersuara - TMJ

    Published: Thursday, 12 October 2017
    A- A+

    JOHOR BAHRU: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bertitah sudah tiba masa untuk merapatkan jurang antara baginda dengan pengurusan pasukan kebangsaan.

    Tunku Mahkota Johor bertitah, sejak beberapa bulan lalu baginda terlalu memberi banyak peluang kepada organisasi pasukan kebangsaan untuk memilih pemain dan membuat keputusan.

    "Jurang saya dengan organisasi pasukan kebangsaan agak besar sekarang. Sudah tiba masa saya lebih dekat, lebih banyak bersuara dengan mereka.

    "Untuk beberapa bulan sebelum ini, saya bagi mereka kebebasan, pilih (pemain) mana hendak pilih. Tak hendak pilih pun tak apa, buat apa yang hendak buat yang penting (dapat) keputusan baik.

    "Saya bukan suka-suka nak masuk campur... tetapi saya terpaksa. Apa yang penting adalah teras dalam sesuatu pasukan itu. Saya mahu perubahan drastik, tapi perubahan drastik perlukan masa," katanya.

    Tunku Ismail bertitah demikian ketika menjawab soalan ahli panel dalam satu sesi soal jawab di JDT Cafe, di sini, malam tadi.

    Sesi soal jawab disertai ahli panel jemputan, antaranya Abu Bakar Atan; Tabah Syazwan dari Media Prima Berhad, yang juga pengulas sukan bola sepak dan Vijhay Vick dari FourFourTwo.

    Turut serta, Ooi Kin Fai dari Goal.com, yang mewakili penyokong bola sepak tempatan.

    Dalam perkembangan lain, Tunku Ismail bertitah, baginda tidak menyalahkan insiden kad merah Safiq Rahim dalam perlawanan menentang Hong Kong, semalam.

    "Tak berapa tinggi sangat.. harapan. Bermain dengan 10 pemain, apa kita boleh buat, akan ada lebih banyak kekalahan pada masa akan datang. Walaupun sukar untuk diterima.

    "Saya tak salahkan dia. Bukan dia seorang perlu disalahkan, (sebaliknya) semua," titah baginda. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Tiba Masa Saya Bersuara - TMJ "