• Tiada Lagi Projek 'Sakit' Bawah KKLW Di Sarawak

    Published: Tuesday, 17 October 2017
    A- A+

    Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini menarik nafas lega apabila sebahagian projek 'sakit' di Sarawak di bawah kementeriannya telah selesai dan tiada yang tertangguh.

    Memetik laporan The Borneo Post, Ismail berkata projek banyak melibatkan pembangunan elektrik luar bandar.

    "Apabila saya datang ke sini sebelum ini, saya berjanji kepada bekas ketua menteri Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem untuk menyelesaikan semua projek yang sakit di Sarawak. Setakat ini, tiada lagi projek yang ditangguhkan. Kesemua telah selesai," katanya

    Ismail menambah kementeriannya akan menubuhkan Jawatankuasa Bersama yang dibahagikan kepada dua iaitu Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Tertinggi

    "Jawatankuasa ini akan bermesyuarat dari semasa ke semasa untuk memantau setiap projek yang sedang dilaksanakan bagi mengelak wujudnya projek sakit dan sebagainya," ujarnya.

    Beliau berkata Jawatankuasa Tertinggi akan membincangkan cadangan-cadangan projek di bawah KKLW dan pelaksanaannya di Sarawak yang akan dipengerusikan oleh Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

    "Mesyuarat pertama Jawatankuasa Tertinggi ini dijangka diadakan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2018.

    “Selepas kita tahu jumlah peruntukan (untuk Sarawak) baharu kita akan tahu dari segi cadangan-cadangan projek yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri,” jelasnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Tiada Lagi Projek 'Sakit' Bawah KKLW Di Sarawak "