• Terperangkap Dalam Mesin Permainan

    Published: Monday, 23 October 2017
    A- A+


    Fuzhou (China): Seorang budak lelaki terpaksa diselamatkan selepas dia terperangkap dalam mesin permainan di sebuah pasar raya di bandar ini baru-baru ini.

    Budak lelaki berusia tiga tahun itu dilaporkan pergi ke sebuah pasar raya dengan datuknya pada 17 Oktober lalu.

    Ketika datuknya beratur untuk membayar barangan dibelinya, lelaki itu mendapati cucunya hilang.

    Selepas beberapa minit mencari, lelaki itu terkejut selepas mendapati cucunya berada di dalam sebuah mesin permainan.

    Budak lelaki itu dipercayai merangkak masuk ke dalam lubang di mesin permainan berkenaan untuk mengambil anak patung di dalamnya.

    Kerana panik, lelaki itu segera memanggil seorang pekerja pasar raya untuk meminta bantuan.

    Pekerja pasar raya yang bimbang budak lelaki itu mungkin kelemasan akibat kekurangan oksigen mengambil keputusan untuk memecahkan cermin kaca permainan berkenaan.

    Selepas cermin kaca itu dipecahkan perlahan-lahan, akhirnya mereka berjaya mengeluarkan budak lelaki berkenaan dengan selamat.

    Pihak pasar raya turut menggantung operasi mesin permainan berkenaan sehingga siasatan selesai.

    Subjects:

  • No Comment to " Terperangkap Dalam Mesin Permainan "